Thursday, January 19, 2012

Suami yang penyayang dan tips dalam rumahtangga

Salam semua.
Hari ni tiba-tiba idea keluar nak cerita pasal rumahtangga dan tips dalam menguruskan rumahtangga. Pagi-pagi rutin harian bagun 5.45am.Kalau bb sedar, kena susukan dia dulu then kejutkan suami mandi.Lepas dah susu bb tido balik.Kalau dia x nak tido terpaksalah layan dia sampai aku nk pi keje.So aku bagun bergegas ke dapur keluarkan susu dari freezer dalam 5-6 botol bawa ke fridge untuk bb minum sehari sepanjang aku tiada dirumah.Aku keluarkan 1 botol then panaskan dengan air panas. Buat air ayahnya pulak.Kadang-kadang buatkan sarapan bekalan untuk dibawa ke tempat kerja.Kadang2 x sompek..hehe
Dah settle semua.turn aku plak mandi siap-siap then keluar rumah at 6.45am.
Tahun 2012 ni mmg tahun jem.Jalan Ampang memang tersangat gampang...kan?Kalau tak aku keluar pukul 7am.Okeh! back to the tips :)

tips kejutkan suami..haha
-aku kejut dgn nada yang romantik"sayang bangun,sayang bagun mandi" x jalan juga...no respond.kejut lagi " mohd faiz bagunn dah lewat ni" ok gerak la sikit, pusing badan sambil tgnnya atas perut aku."bagun laaa dah pukul 6 ni,saya x gosok baju lagi" tgnnya bergerak lagi " dah lewat ni...malam nti la..." aahahhaha ku plak nk tergelak sorang.mmg dia susah nk bagun.kejut 6 7 kali bg jalan.

tips suami balik kerja..
-bagi dia pegang baby dulu,then dah main dalam 5 mnit.bg dia mandi,solat then aku siapkan lunch dia.habis makan sambung main dgn baby.Alhamdulillah lega skit pinggang aku.Kalau dia x de, aku asyik mengejar dak kecik tu.Boleh kurus kering dibuatnyaa.panjat sana sini.patu jatuh nagis.hahahha

tips tido malam... x berapa nk tips sangat la.
-tido malam biasa.Aku akan tidurkan baby dulu.kul 11.30-12mlm br dia nk tido.haihhh..time tu aku dh ngantuk dah.Gagahkan juga bagun,duduk dulu tgk tv dgn dia.dah ngantuk br kami tido.
- Bila suami minta kita wajib bagi.kalau x nanti dosa kan?Kita kena faham dia, dia kena faham kita juga.Kalau kita x mampu,tolak secara elok.Bebincang apa yg kita x suka dia buat,apa yg seronok dia buat.Kalau dua2 diam mmg x de feel la.Persefahaman perlu ada.Berhubungan adalah kunci suami isteri.
(Boring x baca? x pe just sharing is caring.semua pon dah kawin kan?so apa salahnya kita berkongsi cerita.Please be open minded).

Memasak?
ahahahahhaha...aku mmg x pandai masak.Tapi boleh la kalau tgk resipi.Eh pujian suami buat aku terkobar2 nak masak lagi.Setakat ni semua dia kata sedap walaupun aku pernh masak 3 4 lauk je..keke.Dia mmg x kisah aku masak ke x.Seriously dia mmg x kisah kalau aku x pandai masak.Janji pandai urus anak dan suami..Tapi kalau bab masak kek ke atau berkaitan dgn oven mmg aku laju.Even kalau balik rumah mak mertua aku pon aku x brp nk masak.MIL aku pon dah paham.Kalau MIL aku minta masak kek ke apam ke, insyallah la x pernh aku x buat.Pujian A++... tq MIL yang sangat memahami menantu yg x pandai masak ni...hehe

Alhamdulillah setakat ni hubungan kami sangat erat dan saling memahami satu sama lain.Dia suami yang bertanggungjawab dan sangat menghormati aku juga kaum wanita lain.Memang x dinafikan hubungan sebelum kawin dan selepas kawin sangat2 berbeza.Lepas kawin aku sangat sangat seronok...ahahhahahahah . So sapa yang belum kawin, kawin la cepat....hehe
ok thats all... byee semua.nti aku cite lagi la yerrr.....Adios

Monday, January 16, 2012

Introducing my baby

Muhammad Adam Mirza bin Mohd Faiz. Now he's 8 months 3 weeks.
Adam with his Mak Ngah :)
Adam eat Musang King durian at Cameron Highlands.Delicious katanya.haha
With his father.Looks like me or looks like his father?
Auni... can i share yr stroller with u.Mama didnt bring my stroller la.Apalah mama ni.Sejuk-sejuk ni seronok share-share.Kasi Hangat sikit. :)

I miss all of u....

Baru bulan lepas kita jumpa.Sudah sekian lama tidak berjumpa bukan? Rindu u all semua.Next time kita plan lagi ya.Thanks Lysa pinjamkan bilik tukar all the babies napkin.haha.

Gambar ni pulak baru beberapa bulan lepas pantang.Celebrate Birthday Anna's son 1 year.Kitorg semua dah kawin and semuanya baby boy.Tak boleh jadi behsan laa..haha.. Opsss lupa sorg je belum kawin.Tu yg tengah2 tu. "Cik Bunga" namanya...
Ini Kek Pelangi aku buat Minggu lepas 14 jan2012.Lagi satu kek Butteraku buat semalam 15 jan2012 tapi aku x sempat nak ambil gambar.Kek butter cepat sangat habis.Orang tua suka la sebab dia x berapa manis dan x de cream bagai.Just kek kosong je.Kek Pelangi ni manis skit dan ada cream, budak2 memang suka sangat.Buat KP ni remeh skit sbb kena masak kek ni satu persatu.Sangat mencabar.First time aku buat.Alhamdulillah Jadi.
Memang sangat comot...hahahahahah





Apam aku buat minggu lepas.300pcs.Untuk bos akak aku nak kasi sedekah kat orang surau.

Manik all the time

Memandangkan aku memang malas nak update blog.Kadang-kadang tak de masa, kadang-kadang computer hang.Macam-macam la.Ni mmg aku dh x de keje so aku gunakan masa terluang dengan sebaik mungkin.Aku nk update pasal manik pulak.
Baju kakak office aku punya kakak.


Anak buah aku punya jubah.

Datin Reni punya tudung ala2 Siti.

Belajar buat biskut...

Assalamualaikum kawan-kawan.
Aku nak update hujung minggu bertarikh 1.1.2012.
Mak mertua aku suruh aku pi kelas belajar buat biskut dengan CHef Zaimah.Sangat baik ok..!! Belajar dengan makcik2 tau..haha. Program ni anjuran Pembagunan Wanita.Sesuai la sangat sebab yang belajar ni pon semua wanita UMNO. Kelas start dari pukul 9 pagi sampai la pukul 5.30ptg. Kesian anak aku x minum susu.Kasi botol x nak juga sebab dia tau Mama dia x keje aritu.Masa lunch pukul 12.45-2ptg aku lari kejap balik rumah sebab nak susu kan baby.Memandangkan aku mmg fully bf so x dapat nak pam kat dalam kelas ni.Malu!
ok back to the story ;

Ini dia Chef Zaimah.Masa final Masterchef dia ada jadi juri kalau u all perasan la.Resipi yang dia kasi ada 8 tapi just belajar dia ajar 6 sahaja.Teknik dan rahsia resipi semua dia bongkar.Chef ni mmg jaguh biskut semprit.Asal dia masuk pertandingan mesti dia menang kuih semprit.hehe.


Ok final.last pukul 4.30ptg. Datin reni datang (ketua wanita umno bhgian Selayang, Rawang dan Kuang) datang. Sebelah itu Mak Mertua aku hehe..Kasi ucapan terima kasih bla bla bla.Dan akhir sekali Undilah Umno..haha