Monday, October 31, 2011

Makanan Baby

Salam all... Hari ni nk update makanan bayi aku berumur 6 bulan 3 hari.
Lagi 3 4 hari nak masuk 6 bulan aku dah kasi dia makan buah-buahan.Baby yang baru nk mula makan elok dimulakan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran.Betul tak?
Mula-mula nak bagi baby makan tu , aku blend papaya + susu badan.Makan sekali sehari je sebab dia x berapa nak.Baby lebih pada susu badan.Aku blend papaya campur dengan perahan susu sebagai ganti air.Simpan stok untuk 4 hari.Masuk hari ke 4 dia x nak pulak so terpaksa aku buang.

Habis papaya aku blend buah Plam pulak, pon dicampurkan dengan susu dan air sebab aku nk dapatkan jus buah plum ni.Aku letak gula skit sebab plum ni agak masam so takut baby x nak makan.Alhamdulillah dia makan tapi x banyak :))


Mula-mula rebus buah Plum tersebut sampai lembik.Tak lama mana dalam 6- 8 minit je. Lepas tu blend kasi hancur..Ohhh lupa, aku ada campur kismis skit, tapi masa nk blend tu kismis x brp nk hancur.Tak tau knp.So lepas dah blend aku kutip mana yang baby x boleh telan tu aku yang telan..hehe sedapnyaaa....



Ini lah hasilnyaa..Jus dan makanan baby.PLUM hehe

Nampak x muka dia mcm mna? takut flash ke atau masam?
Sekian... Nanti aku update pasal Labu pulak.