Monday, October 31, 2011

Makanan Baby

Salam all... Hari ni nk update makanan bayi aku berumur 6 bulan 3 hari.
Lagi 3 4 hari nak masuk 6 bulan aku dah kasi dia makan buah-buahan.Baby yang baru nk mula makan elok dimulakan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran.Betul tak?
Mula-mula nak bagi baby makan tu , aku blend papaya + susu badan.Makan sekali sehari je sebab dia x berapa nak.Baby lebih pada susu badan.Aku blend papaya campur dengan perahan susu sebagai ganti air.Simpan stok untuk 4 hari.Masuk hari ke 4 dia x nak pulak so terpaksa aku buang.

Habis papaya aku blend buah Plam pulak, pon dicampurkan dengan susu dan air sebab aku nk dapatkan jus buah plum ni.Aku letak gula skit sebab plum ni agak masam so takut baby x nak makan.Alhamdulillah dia makan tapi x banyak :))


Mula-mula rebus buah Plum tersebut sampai lembik.Tak lama mana dalam 6- 8 minit je. Lepas tu blend kasi hancur..Ohhh lupa, aku ada campur kismis skit, tapi masa nk blend tu kismis x brp nk hancur.Tak tau knp.So lepas dah blend aku kutip mana yang baby x boleh telan tu aku yang telan..hehe sedapnyaaa....



Ini lah hasilnyaa..Jus dan makanan baby.PLUM hehe

Nampak x muka dia mcm mna? takut flash ke atau masam?
Sekian... Nanti aku update pasal Labu pulak.

Thursday, October 6, 2011

Dah 2 tahun tak buat Cupcake.

Lama dah aku xbuat cupcake.Ini atas permintaan kawan lama aku untuk birthday anak dia yang ke 3 tahun.Cincai boncai sungguh tapi x pe dia ckp kek sangat sedap..ahahahhahaha...Tapi mmg sedap pon.Cupcake untuk dibawa ke Taska anaknya.Seronok tgk budak2 tu makan. Mak aku masak meehon dan apam sekali.Kira package la ni nak kasi budak2 makan.

comelkan Eman makan.So comot..aahahhaha

apam lagiiii tempahan weekdays

assalamualaikum kawan2....
hari ni nak update apam dot, apam lady bird,dan apam angry bird.Ni rakan-rakan terdekat yang kenal kat facebook dan blog saje yang order.Kawan kepada kawan kepada kawan belum update lagi.Ada yang terlupa ambil gambar.Terima kasih kepada yang mengorder ya.. :))

terlupa, Apam Gula Hangus pon ada..Yang packing2 tu nak hantar kekedai.Mak saya jual 1 peket tu RM1 yang x de inti. :)

Tuesday, September 13, 2011

Mari beli ketupat lontong...



Hari raya haritu mak mertua masak lontong.sekali masak 10 jam , 53 batang . Atas permintaan ramai mak mertua aku masak 3 kali dan hari raya ke 5 masak sekali.Dah 10 tahun mak mertua aku masak lontong ni.Asalnya dari Singapore.

mari beli lontong.sedap, lembut,berwarna hijau...Sesuai untuk dimakan bersama kuah lontong, kuah kacang dan serunding.Harga RM5..saiz x ukur la pulak.tapi kalau nak genggam tu x cukup tangan.Minimum order 50 batang...murah je.hehe

Thursday, August 25, 2011

Apam untuk raya

Terima kasih kepada yang mengorder.hehehe
Ini apam untuk berbuka puasa. Yang banyak tempah, terima kasih Mimie and Inn dari Cupcake Datin MaryZain :))




Sesiapa nak order lagi boleh la email saya : escadagurl21@yahoo.com

Tuesday, April 19, 2011

Apam lagi............................. haihh...



Apam ni aku buat semalam atas permintaan kakak sebelah rumah.Dia berniaga kuih2 + nasi lemak.Ari tu saje je cuba hantar, tgk2 laku.Ni atas permintaan lagi aku buat dalam 68 biji.Kakak tu kata x sampai setengah jam dah habis.Lakunyaaa...Terima kasih pada sapa2 yang membeli..

p/s :TQ kak mimie sebab order apam 150pcs..heheheheh

Thursday, March 31, 2011

Buku resipi dan Apam lagi.. :)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)
Sekarang ni aku dah minat memasak.Teruja dengan buku Kak Hanieliza so aku pi beli buku ni kat POPULOR.Baru je launching.Dapat pulak voucher 10%.So Happy :)



Semalam dapat panggilan emergency dari Kakak Ila Bandar Tasik Selatan, nak order Apam 100pcs untuk budak2 mengaji ..huihhh penat tu.Nasib kat rumah dah ada barang semua.Call petang kata nk harini.Dengan pertolongan mak aku, akhirnya siap juga.. :) hehehhehe
Thanks Kakak Ila...Seronok sangat buat apam ni.

Thursday, March 24, 2011

Apam Dot-Dot..

Assalamualaikum kawan-kawan.Dah lama aku x update blog.Sebelum kawin, busy dengan persiapan, lepas kawin busy dengan kenduri arwah.Ni dah nak masuk 9 bulan aku preggy busy dengan persiapan pulak..hehe

Dalam tengah-tengah kepenatan sempat lagi nak memasak.Saje-saje percubaan.Sekali menjadi pulak aku buat Apam Dot-dot nie.Picture pertama, kedua dengan ketiga adalah percubaan kedua setelah percubaan pertama hampir gagal. Picture ketiga aku dapat tempahan dari orang.Alhamdulillah. Hari ni ada orang tempah lagi untuk buat family day.hehehehe
Murah je kalau sesiapa nak tempah sebab saje suka-suka buat.



Sekian kawan-kawan.Kepala otak tak tau nak taip apa dah.Mcm dah lama tinggalkan dunia blog.hehe