Wednesday, May 26, 2010

SAya mahu jual bekas :)



saya nk jual bekas putih yg boleh letak dadih tak pon boleh letak muffin tu.
saya dh ter lebih beli.. Daripada simpan baik lah jual. ada dalam 500 pcs. Sapa2 berminat nanti boleh email saya ya..

escadagurl21@gmail.com

Wednesday, March 31, 2010

KL jem Petang ni.!!

Jangan lupa tau kawan-kawan.
Sapa-sapa yang lalu jalan ni sila waspada.Takut-takut ada yang sakit hati ke atau tunggu masa nak terberanak ke, sila buat persiapan awal.
Ambil halfday ka,Emergency leave ka..
Balik awal kalau tak nak Jem.. hehe

Aku sememangnya akan lalu jalan ini... TIDAKKKKK!!!!

Formula One Street Demo By Micheal Schumacher & Nico Rosberg

Date : 31st March 2010 (Wednesday)
Time : 2.00 pm - 7.30 pm
Location :
1. Road entrance to KLCC / KLCC parking through tunnel from Jalan Tun Razak (north direction)
2. Jalan Binjai & Lorong Kuda (will be closed from 4.30 pm - 7.30 pm)
3. All road entrance to KLCC parking through tunnel from Jalan Binjai & Jalan Tun Razak
4. Road entrance to Jalan Binjai through Jalan Kia Peng junction, Jalan Conlay and Jalan Tun Razak; Jalan Binjai towards to Persiaran KLCC until traffic light in front of PNB Darby Park
5. Entrance and exit KLCC parking towards Jalan Tun Razak and Jalan Binjai

Wednesday, March 24, 2010

Kucing saya sudah mati :(



Ini kucing aku.. Nama dia Arttu.Lahir tak ingat bila tapi siap ada surat beranak smuanya lah. Medical Card pun ada.Jantina- Jantan/mandul (sian dia). Tiap2 bulan pi cucuk tapi bila dah sampai kat tangan bapak aku, x mampu nk bawa pi klinik bulan2. mahal.hehe
Asal kucing ni aku pon tak pasti dr mana tapi tuan dia yang sebenar dah balik ke England. So tuan dia pas kat bapak aku suruh jaga sebab dia x boleh bawa Arttu ni balik sana.Sebab tuan dia dh kena bawa 20 ekor kucing yang amat besar dan gebu balik kesana. Arttu ni lah yang paling kecik.

Masa mula-mula sampai kat umah aku mmg dia agak ganji, biasalah umah baru. Asyik2 nak mencakar je keje...Bahasa Melayu pon x paham.haha.. Lepas 4 tahun dok umah aku br lah dia paham Bahasa Melayu..Maknanya kucing aku paham 2 bahasa la kan? Dasyatkan? hehe

Tiba-tiba 3 hari lepas Arttu x lalu makan, x larat nak bangun.So bapak aku ckp Arttu dh sakit. Tapi tak pasti dia sakit apa.Badan tak de bengkak2.Dulu mak aku ckp dia pernah kena batu karang, tp dia dh ok dah sebab dia makan rumput dia tu. So semalam pagi aku rasa perut dia dh start mengeras dan dia x larat langsung nk angkat badan dia.Aku usap badan dia kepala dia sambil menagis.Sedih sangat tengok muka dia.Lepas balik keje aku tgk dia dh terlantar dah...Langsung x bermaya.Aku angkat dia letak atas kain patu aku balut dia sebab dia kesejukan.Pagi tadi (aku dh nagis dah nieee..aduiii haii) aku tgk dia still berbalut dgn kain yg aku balut dia malam tadi, tapi dia x bernyawa dah..aku pegang perut dia, aku usap kepala dia tp dia x gerak....kerasa sangat badan dia. Kat hidung dia dh ada semut..(aaarrghhhh aku nagis lagii)

Tadi call bapak aku..dia ckp dh tanam kat belakang umah...
Selamat tinggal Arttu....

Tuesday, March 23, 2010

Belah family ku pulak...hehe...

Berlangsung di KGPA TTDI pada 20hb March 2010 jam 7-11 malam...








Makan ayam pengantin..1 ekor dia punya aje.. gila kan?
Dia nie mmg kuat makan..



Aku nak ambil berkat.....hehe..

Monday, March 15, 2010

Anak Fruit ku sudah nikah.

http://beehuntstudio.com/v2/?p=128
tengoklah video mereka ...Hafidz dan Amy....

Last week Jumaat aku ambil halfday sebab menghadiri Majlis pernikahan anak buah ku Hafidz Hamdan dan Amy Mohd Shah yang berlangsung di Taman Kesuma Ampang pada 12 March 2010 jam 3.30 ptg dan majlis persandingannya dia Dewan Merak Kayangan pada 3 March 2010.

Ni cucu pertama ayah ku diantara 19 cucu yang lain. Suasa pernikahan sungguh aman dan damai.Tak de sedih2 sebab tok kadi depa sangat kelakar.Boleh plak buat lawak lucah.Sempat lagi tu.haha

Dengan sekali lafaz alhamdulillah Amy sudah menjadi isteri.
Ni picture2 yang sempat aku ambil.Rombongan kami sampai ke rumah pengantin perempuan pada pukul 3.00 ptg.






Ambil Berkat...hehe





Majlis persandingan di Merak Kayangan jam 1.30 ptg.


Minggu ni Belah kami pulak (lelaki) di KPGA TTDi...
Picture soon k...

- Lepas ni aku plak hehehehhe.. nak juga tu :)

Tuesday, March 9, 2010

Wah lagi ............ hari laaa..!!!

Saya mahu mengira hari di calender......

Jap ekkk...

104 hari
103 hari
~
~
~
~
~

102 hari
~

~

~

101 hari lagiiiiii....

~

~




lagi 100 hari lagiiiiiiiiiiii...................................... oyeeee!!

mcm sekejap je kan? bila nombor dah tinggal puluh mula lah menggelabah..
sekarang ni masih tahap ok lagi...kdg2 hampir gila juga nk fikir tu ini tu ini kan?
nak kata 100 % siap , x jugaa..... cuma ada la 3 4 benda lagi belum settle..
Harap2 semuanya berjalan dengan lancar ya.. Doakan saya.. hehe

Thursday, February 25, 2010

Anak Fruit ku kawin 13 dan 20 March 2010

"Anak buah ko nak kawin riena? Biar betul?"
"Ha laaa... nape x percaya? ala selang 3 bulan jee, patu aku kawin la"

yang aku ada attached picture bunga pahar tu untuk wedding depa ni la...
MOHD HAFIDZ B. HAMDAN dengan AMY MOHD SHAH
13 march belah perempuan dekat Dewan Merak Kayangan...
20 March belah lelaki (anak buah aku) dekat KPGA ttdi...

Seronok bukan bila anak buah dah kawin? haihhhh....
Persiapan majlis belah lelaki hampir siap sepenuhnyaa..Cuma takut last2 minit ada je yang tak kena kan? itu dah lumrah...

Aku doakan mereka berdua bahagia hingga ke anak cucu... Amin..



Lepas kawin anak buah aku sambung balik kerja kat Jakarta. Dia dah kerja sana hampir 3 tahun.
so yang si isteri ni tak tahu dia nk ikut ke tak..Sebab dia cakap sayang nak tinggalkan kerja kat Ambank KL nie.... eemmm tak tau la depa nie, harap2 hubungan jarak jauh tak akan ada masalah kan... :)

p/s : maaf yer..cite pasal org lain plak, pasal sendiri x de pon,,,eheheheh....soon soon ek?

Monday, February 22, 2010

First time jadi .....

Ini kali pertama aku menjadi pengapit untuk majlis kawan ku..
Janggal seh... Tak pernah-pernah aku berdiri tegak atas pelamin. Tapi tak pe lah kawan punya pasai.
Sanggup tempah baju sebab tak mau lari tema...
Pengantin Merah putih. So aku dgn pasangan Hitam Merah.


Ini pengantinnyaaa..
Last week 14 Feb belah pompuan kat Sg,Buloh. Yang ni belah lelaki pulak dekat AU2 Keramat.


Last week on Sunday aku ada kenduri tahlil dekat umah Abg ku...
Sambil-sambil cuci mata tengok barang-barang kawin anak buah ku yang berumur 27.. Uish!! anak buah kawin dulu dr makcik..Cmna niee?
Majlis berlangsung pada 13 dan 14 March 2010.

Card ni br dapat.. Siap sedia untuk diagihkan..
Simple je kan? Reben tu yang nmpk menarik.



Bunga Pahar dh siap 95%....
bunga pahar ni akak ipar aku buat. Sangat cantik ..
dia mmg x letak net untuk letak telur. Tak tau la nape.
Fesyen baru agaknyaa.. Dia buat ala2 LOvely Lace punya gantung2 tu.
Then dia letak Potpuri.




Aku punya early April br nk start buat. Harap2 siap dengan sempurna...

Wednesday, February 17, 2010

Comel kan dia?

Comel sangat budak nie kan? Nama dia Dia ... Baru umur 4 tahun. Petah bercakap.
Dia suka sangat ambil gambar senyum mcm tu sbb nk cover gigi..eheheheh gigi makan coklat korg tau la mcm mna kan? ehehehhehe
Ni time nikah .... sebelah Angahnyaa....




Nie pelamin nikah dalam rumah. Cantik walaupun dia cuma guna Bunga Artificial...


Last weekend 14 Februari 2010 kawan aku kawin kat Ascott Hill Sg. Buloh.
Wedding yang sangat simple tp menarik. Tapi entah kenapa aku tiba2 rasa mcm sebak sangat masa wedding dia. Ada hal2 yang keluarga yang tak dapat dielakkan...

Tuesday, February 2, 2010

Weekend sangat best!

Minggu lepas hari sabtu aku dgn Bunga pi Cowkit then terus ke Maju Junction and Danau Kota.

Maaf gambar agak gelap skit. Photographer x profesional ehehhe.
Tgh beli bekas untuk souvenirs wedding. Banyak gila ok.x larat nk bawa.


Then kitorg terus ke Maju Junction.
bekas ni org tu ckp siap ada balut dgn Gold. Betul kee? itu sebab dia mahal kan?

Ada 1 butik apa tah nama dia. Baju mmg mahal gila kalau nk sewa tp aku x berkenan design dia. Ada yang lawa gilos tapi sheksi la pulak.. And dia ada buat hantaran juga. Tau x satu dulang brp ? RM190 ok? eeeeeeeeeeeeeee rasa mcm kecut plak darah aku dgr...


Hand bouquet tu tau x harga dia brp?
RM400 ok? gilaaa betulll..
Then bunga pahar tu x silap RM puluh2 juga tp x tau brp ...

Model atau saya yang cantik? huhuhu


Aku mmg pantang nmpk cermin..

Kedai makan kat Danau Kota (noodles wantan)
Air dia sangat sedappp.... Cuba lah!!

Derma Darah?

eeemmm Last 2 weeks rasanya..lupa dah..
Aku pi derma darah kat Pusat Darah Negara dan ditemani oleh Bunga ku sayang..aka my PA..ehehehe.

Pukul 9 dah keluar rumah and terus ke PDN. Tah tiba2 plak mimpi nk derma darah, padahal aku mmg takut gila dengan jarum..eeerrrrr. First time plak tu.


Arrghhh takut and pedihnyaa..Nanak nengok..


Nurse ni dh pesan awal2 jgn takut nanti saluran darah kecut.

Banyak bukan dia ambil? 450ml tu. Aku darah B.. nak tunggu dia penuh tu dalam 7 minit je rasanya. Laju gila. orang seblah dgn depan aku x habis2 lagi.

Peace... x sakit pun..eheheheh
Ini dh disalotape sbb darah masih keluar.Lepas tu nurse tu kasi makan sbb nanti dia takut pengsan plak...

Lepas ambik darah tu aku jalan2 dengan bunga ke Ampang Point, Carefor Wangsa Maju then baru balik rumah.Malam tu mmg dah terasa mcm pening skit and penat. Dalam seminggu dua nie masa solat or tunduk bila bangun mmg terasa pening . Agaknya mmg mcm tu kot kalau lpas derma darah? yer x? Harap2 badan aku x naik and kurang makan byk, takut nanti baju wedding x muek!! ehehhe

Mmmg betul la org ckp, lpas derma darah mmg badan naik sbb dia asyik terasa laparr jee..
kul 7 pm makan then kul 9 pm dah start kruk krak kruk krakk perut..."ni mmg xboleh jadi nie, baik aku tido"