Tuesday, December 22, 2009

eeee sangat ngeri bukan!!


Dasyatnya kaki diaaa.......

Puchong
Selangor
21 Dis 2009
4-30 petang

Kejadian ini di sebuah kilang memproses baja di Puchong.
Kejadian disedari kira-kira jam 4-30 petang apabila rakan sekerjanya mendapati mangsa tiada berhampiran mesin pengisarnya.
Mangsa sebelumnya keluar makan dan rakan-rakan tidak menyedari bila dia masuk semula bekerja.

Siasatan awal, mangsa dipercayai cuba mengambil sesuatu benda yang terjatuh ke dalam mesin pengisar ini.
Bagaimanapun dia dipercayai hilang imbangan sebelum terjatuh dengan bahagian kepala terjunam ke dalam mesin.

Mesin pengisar ini yang ketika itu sedang beropersi, terus 'menyedut' nya menyebabkan kepala, sehingga bahagian pusatnya hancur dikisar.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga jam bagi mengeluarkan mayat dan cebisan daging mangsa dari mesin pengisar ini.

p/s : jangan menonggeng bila anda buat kerja.... kot2 badan x balance dgn kaki kan? Kalau anda ahli gimnastik mesti x jadi mcm ni kan? ekekek

Tuesday, December 8, 2009

Riena & Faiz pergilah bermain-main diluar...

Tajuk mcm cerita P.Ramlee plak...eheheheh

Semalam kan seharian aku tak de mood...Mmg betul-betul tak de mood. Rupa-rupanya malam tadi family lelaki datang merisik dan secara automatiknya aku dah jadi tunangan orang bukan? (eeee seronoknyaaaa)

Memamg dah tau dorg nk dtg tapi tghari baru call kata "mama nk datang malam nie"... terus aku call mak kata mak Faiz nk datang, tu yang tukus lumus mak aku masak ehehhe..Mau tak kulam kabut.

Pukul 8.30 malam dorang pun sampai. Kakak-kakak dan abg ipar aku smua ada. Okeh sesi perbincangan sudah bermula jadi aku dengan Faiz bermain-main diluar..eheheheh.
Kami curi-curi dengan skit. Tapi x berapa jelas (ishh potong stim betul). 1 jam stgh kami kat luar, nk masuk malu. Then kakak aku panggil kitorg suh masuk sebab perbincangan dah habis tapi Faiz x mau, dia malu-malu kucing. Aku pun masuk terus duduk sebelah mak aku, dorang ckp nak sarung cincin (haaa!!! biar betul, eeeeee malunyaaa, Oh mcm ni ek kalau org nk bertunang dan merisik?) . Dulu masa kakak kawin aku x de tu yg x tau.ekekekek

Sekarang saya sudah jadi tunangan orang lah yer? (Betul ke?) Emmm nampaknya tingkah laku, pergaulan kena jaga nie.

Tarikh Nikah dan Sanding aku bagi tau kemudian ek... Malulah...ehehhehehehe

Monday, December 7, 2009

KEpala SERABUT!!!

Kepala serabut sangat nihhh...
Nak update blog tapi x bolehh........ feninnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Nak nangis rasanyaaa...tapii air mata saya jernih..bukan color merah mcm nie..

tulunggg tulunnn saya...

Tuesday, November 24, 2009

Tag sudah dapat....



Tag terima kasih sudah dapat (sukanya). Tapi sebenarnya tak de tulis terima kasih pon cuma nama aje. eheheheh. Tag ni untuk dilekatkan di atas bekas untuk tetamu nanti (insyallah). EEmmmm mana tau last2 minit nak lekat kat tempat lain ke kan? ini just perancangan je...
Thanks to K.Aida dari Terengganu, dia yang print kan ni untuk aku. Cantik bukan? Murah aje. (eceh promot nampak!!)

Untuk wedding card dan paper bag sedang dalam perbincangan dengan O'arn dari Johor(ala2 meeting pulak). Dia mmg creative dan hasil kerja dia pon cantik (yeke?). Aku just ckp kat dia nk mcm ni mcm tu then dia kata "ok, nanti saya buat dulu, awak tgk nanti, rasa-rasa ada perubahan bg tau". Sticker pon dia boleh print juga. Kalau t-shirt tu tak pasti plak... :))

Friday, November 20, 2009

Pewarna Rambut???



uishhhh scary nyaaaaaaa!!!.... Larikkkkkkk...

nie baru aku terbaca kat tenet pasal budak umur 15 tahun dari LONDON,Abigil Colbourne (ni mesti budak sosial nih) yang baru mewarnakan rambut dia coklat kepada warna lebih gelap (lawa ke?) tapi tidak melakukan ujian seperti yang dinasihatkan. (aik, mmg kena buat ujian dulu ke?x pernh tau pon!!)

“Mata saya kini rapat, umpama digam dan kepala pula membengkak. Pengalaman ini menakutkan,” kata Abigail yang menetap di Sydenham, selatan London. - Agensi

eeee takutnyaaa

Monday, November 16, 2009

PWTC & konsert..

Salam Semua...
Sabtu yang lepas bersamaan 14hb Nov 2009 aku ke pwtc..Emmm agak membosankan juga pameran pengantin kali nie sebab satunya tempat kecik,kedai sikit dan promosi nya biasa je tak de apa yang special. Yang tertarik cuma pelamin Dina Halim dan pelamin bawah nie..apa tah nama dia. Bila tanya harga pelamin saje RM5k (without fresh flower) mahal nak mampos...gila pe. Kalau FF boleh la ambil kira skit. Banyak tema kerusi macam wedding MAWI dulu. Agaknya kerusi saje dia charge berapa lah tu kan?


Singgah kat slimming sentuary nak buat rawatan badan..eheheh
Then after 2.00pm kitorg pecut ke shah alam nak tengok konsert amal anjuran UNISEL .. Budak2 UNISEL sangat rock..Depa panggil band2 TheTimes, Fynn Jamal, Pick Acid, DISH (hubby Haja), ARUS dan ramai lagi.

The TIMES (ex OAG) sebelah aku NAZA....eheheh jangan jeles ok!!!


6.30 pm konsert habis..Sempat posing jap. Ingat kan kami ber3 je ambik gmbr rupanya ramai betul makhluk Tuhan kat belakang tu!! ahahahah
Yang baju biru belakang baju petak2 tu nyanyian dan lagu dia sangat best!!! Kumpulan ARUS rasanya kot.Kalau salah jangan marah ek!! :)


7.00 pm lepak kedai Nasi Lemak Rasa Sayang sek 7 shah alam...
Makanan sini sangat sedap.. especially sampal nasi lemak dia dan Paru goreng...uuuff!!!!

Tuesday, November 10, 2009

PAMERAN PENGANTIN @ PWTC

Event : PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2009

Date : 13th to 15th November 2009

Venue : Ruang Legar PWTC

Organizer : Urban Vibe Event

Jom ramai-ramai kita ke sana wahai bakal-bakal pengantin..

Gifts

Salam All ...
Lamanya tak update blog.
Semalam aku dapat sample choc untuk bagi kat tetamu dan untuk meja Khas. Banyakkan? Nak bayar tapi dia ckp tak payah..Tak sampai hati pulak. Choc dia sedap2 dan corak pon menarik. Siap print harga sekali. Baiknyaaa Kak Aida nieee.Rasa mcm sayang je nak makan kan?

Sapa-sapa yang nak order bagi tau la. Ni ha web dia. http://www.lovelygifts.my/
Kedai dia kat Pandan Jaya je.

Ada lagi contoh dia, malas nk keluarkan de beg....eheheh


ni dua jenis aku bedal semalm.Sangat sedap..

Teddy bear....kaki dia dh cair skit sbb kena panas... sian diaa

Monday, October 26, 2009

Jadi ke CHOC nie?


Selamat Pagi kawan-kawan ku... Dah lama x update blog.
ehehehhe... saje boring hujung minggu buat choclate. Jadi kan? Tapi choc ni hitam sangat, x jadi warna choc cair skit..Nape tah! Agaknya jenis choclate ni kot. Ada white choc kat rumah tapi x cuba lagi.Yerlah first time buat mcm mna nak jadi..
Tapi rasanya amat sedap... next time boleh buat choc color-color plak.
Ini untuk makan2 sendiri tak de ambik tempahan ok!!

Tuesday, October 13, 2009

Kain Hijau ...

yess... semalam pukul 12.30 curi2 keluar opis semata-mata nk pi ambik kain kat Jakel.Terlampau excited sangat. Belek 2 3 kali nmpk cun plak. Bawa balik opis, member semua ckp cantik kain tu ..(ceh kembang buntut aku)... Gambar? eeemmm nanti laa, dah siap baju baru boleh tunjuk.. Kalau tengok kain saje mcm x best plak kan? ekekkekek

Tailor? eemm nak hantar mana ek? Sedang mencari tukang jahit yang cantik dan kemas. Nak hantar kat cina mahal la pulok!! Nanti nk try survey kat Medan Mara. Ramai ckp okey. Tapi kedai kat situ banyak.Ada yang murah, ada yang mahal.

Ada tak sapa2 pernh tempah baju kat tailor Medan Mara?

Tuesday, October 6, 2009

Terjalan-jalan ke Jakel

Semalam sambil menunggu dia, pi jap jalan-jalan kat Jakel. Masuk Jakel terus naik tingkat 3.eheheh. Tau kan apa yang ada kat tingkat 3? Round satu pusingan dan terus benti kat kain shiffon. Belek punya belek sampai pinau mata. Tak tau nak pilih mana satu. Mula-mula pilih putih, tau jelah putih tu ada byk jenis lepas tu bermacam-macam corak. Uuffff penatnyaaa mata...

Tiba-tiba tgk ijau, cantik la pulak.. segala jenis corak warna ijau semua aku test kat kain lining tu. Dah 2 jam aku test kain kat situ last2 dia sampai kul 8malam, aku minta dia pilih mana satu... Akhirnya dapat juga. (Sorry..picture nanti aku tepek..sbb sbb sbb..eheh nanti la). Kain hijau tu aku dan dia dh berkenan sangat2. Cuma nk kena cari 2 benda lagi, kasut dan veil.

p/s : alamak hidd.. saya lupa yg baju awak warna putih. Jadi veil awak pon warna putih.. Habislahhh...cmna niii? X pe nanti kita pi umah ek.....

Monday, September 28, 2009

Jalan-Jalan Raya ke-6



Pada mulanya tak rancang pun nak pi Cameron.Ingat kan nak pi PD stay kat Casa Rachado.
Last2 adik kol lagi sehari nak pi,"kak jom kita pi Cameron nak". Aku pun on je lah sbb x de buat apa pun kat rumah. So kitorg bertolak Jumaat pagi .Kul 9 kena ada kat keramat dah tp biasalah janji melayu, kul 9 jadi kul 10 la...eheheheh .. dr Keramat kitorg gerak ambik masa dalam 3 jam sampai Cameron. Dah sampai atas tu kitorg terjah jee.. Duduk kat mana yg rasa ok dan selesa. Last2 pilih kat Desa Anthurium.Mmg sangat2 selesa.


Kemudahan kat apartment ni mmg banyak dan berbaloi. Cuma kitorg kena bli barang2 dapur je. Gas, Periuk, belanga, senduk, sudip, sudu, mangkuk semua lah adaaaaaaaaaaaaa..... Kecuali Mesin basuh je.eheheh
Dalam 1 unit kitorg sewa tu ada 3 bilik. Next time sapa2 nk pi Cameron, stay je sini.Tak menyesal punya...eheheheh

Petang kul 3 kitorg gerak pi jalan2. Tgk Strawberry Park, Makan ice-cream, beli sayur, strawberry, then beli barang2 dapur untuk masak malam dan pagi esoknya tu.


Malam tu tak de plan apa2 sbb smua kedai dah tutup.. Kat atas tu mmg x de kemudahan apa2 pun. Gak boring juga. So kitorg decide to tgk tv aje. Nasib ada Astro. Kalau tak mati kutu ah...

Keesokan pagi tu, semua terbongkang tido sampai kul 10 pastu kulam kabut bangun masak sebab kul 12 dah kena check-out. Lepas chek-out kitorg jalan2 lagi smua tempat sbb semalam x berapa nk sempat pi semua FARM.Banyak tutup pukul 4.30-5.30. Kesal sikit la sebab x dapat nak petik stawberry sbb buah still kecik. Org tu ckp hari Selasa br buah besar. HUH!!!!! rugi rugi.. Tak pelah.. janji dapat jumpa sayur segar udah lerrrr.....

Lastly before balik kitorg singgah kat ladang BOH.. Jalan masuk nk ke ladang ni mmg agak menakutkan. muat2 1 kereta jee. kalau selisih salah satu kereta kena ketepi sipi2 je masuk gaung... masuk dalam tu 2 km. kitorg borong barang2 BOH..Murah la juga.

Monday, September 14, 2009

Hobi masa lapang ....

Ehehehhe... Jadiiiiiiiiii.....Sabtu macam biasa menjahit manik.Alhamdulillah semuanyaa settle.Berjaya menyiapkan kesemua baju untuk raya.Kecuali ada 2 pasang lagi after raya...UUfff!!! Then Ahad continue buat kuih raya pulak.Last week dah buat 3 jenis this week buat 3 jenis lagi.. Popia Horlicks ni mmg sedap sangat2.First time buat menjadi.Ala senang jee.. Gulung2 then goreng pastu gaulkan dengan horlicks.Budak-budak suka la nie makan.
Next week sabtu before raya ada masa lagi nak buat.Sbb Popia ni ada permintaan.Jadi terpaksa lah membuatnyaa..



Kulit popia ni beli kat Carrefor.Kalau nk buat sendiri pon x de masalah cuma malas nk bancuh bahan2 dia...

Horlicks + milo + Gula skit.Ikut sukatan..



Siap digoreng


Taraaaaaaaaaaaaaa... Siap....



Cream Puff.... makan untuk buka puasa rumah my sister.Tapi tak berapa nak menjadi sebab apa ek? entah... next time boleh campak resipi kawan mak tukat tong sampah.. Try resipi lain pulak. Tapi sedap juga... cuma dia tak berap anak gebu la.

Ni biskut coconut Strawberry..Resipi kakak aku. sedap gilaaaaaaaa...ni belum bakar lagi.Picture dh siap sepenuhnya lupa nak ambikk..uufff!!! dah siap bakar smua nanti white choc tu salut kat atas rama2 then tekapkan dgn coconut tu. so atas color putih bawah color merah la.. Boleh imagine x???
ahahahahha...
Okeh nanti aku sambung lagii...

Wednesday, September 9, 2009

Hamilton Garden



Teruja nyaaaaaaaaa dapat masuk Hamilton Garden.
Macam-macam garden ada dalam tu, English Garden, Indian Garden, Herbs Garden, China Garden tapi Malaysia Garden je tak de..eheheh
dan picture sayur2 ni adalah Kitchen Garden.
Korang tgk picture ni pon mesti teruja kan.Tgk la sayur2 dia. Sangat cantik , bersin dan segar.
Kitorg pi 2 kali sbb x puas and one day before balik tu aku repeat balik sebab nak petik sayur bawa balik. Also Lemon pon kitorg petik. Ada bermacam-macam jenis lemon..
Aku ada petik 2 batang salad. Siap bawa Hand lugage lagi dalam flight. Tak rosak pon.


Cantik kan salad nie... eeeee


Ini Mexico Garden.

Japanese Garden


Waikato River


Dalam toilet pon jadilah, Bersih tu..


Jinak dan besar sungguh ayam betina nie...


Ini orang Maori punya perkauman...
Nampak tak apa patung tu pegang..ekekek


Nanti aku update lagi okeh..