Wednesday, December 31, 2008

Happy New Year..

Wish All The Best to Our LIfe..

Hope u're doing Great and e' day will bring Joy to u and wish u have wonderful life n succeed in ur Career.

Keep In Touh and do take Care yr self.

HaPpY NeW YeAr....muuuuaahhhhhh

Good Bye 2008

Tuesday, December 30, 2008

Friends Wedding AU3 Keramat


Fahmi & Nadia

25hb Dis 2008

Fahmi - 23 tahun berasal dari KL (Keramat)
- Polis

Nadia - 23 tahun berasal dari Melaka
- Warden Penjara Kajang

We all dtg dengan semua berpakaian hitam.Tapi aku tak dimaklumkan pon kena pakai serba hitam.Secara kebetulan pulak aku dtg dgn baju kurung hitam. Macam mak nenek.

Pukul 2 diaorg sanding dan habis semua pukul 4.Karaoke bla bla bla. Mmg sporting habis parents Fahmi.

Sesi bergambar paling best sekali.Mcm biasa,posing sana posing sini. Tiba-tiba ada sorg makcik ni.Kitorg mmg smua x kenal makcik tu dtg dari mana. Nadia ckp makcik ni x betul skit. Asal nk ambik gmbr dgn pengantin mulala makcik ni nak menyelit. Mmg kelakar. Ni ha gambar. makcik ni yang duduk kat tangga tepi sekali yang x de nama tu. Kesian dia..jurukamera pon dh x boleh crop gmbr tu.

eemm.. aku bila lagi ek?sapa nk masuk minang ni!!!

Monday, December 22, 2008

Manjalara Kepong










20 hb Disember 2008...


Pukul 1.00 pm keluar rumah with my parents go to Keramat jemput my Uncle and my Untie.. Pi dalam dua kereta smp sana pukul 2.45 pm. Jalan sangat sesak smp perut pun dah berdangdut. Dah smp sana pi cari kedai dulu then baru order. Kitorg pi makan kat Steamboat tingkat bawah. Memang sangat sedap.Makan smp muntah!!! U all try la..Mmg best,murah la juga berbanding Johnny Steamboat kat JJ Au2 tu.Kat situ mmg mahal dan x sedap.

Lepas habis makan we all pi playground main dgn my cousin and girlfriend dorang. Panjat sana,panjat sini..Mcm monyet. Then pi tasik jalan-jalan sambil tgk org tgh berdating(picture will be post soon!!) tunggu ya.

Jalan-jalan kat MaxValue,Big Apple (bough 2 donuts), Aiskrim RM6.30, 7E (100 plus). Then we all balik pukul 5.30 pm.

Dalam perjalanan pulang my Uncle nk singgah plak JJ Au2.Ahhhh Bosannya.. Tapi best jalan2 dgn dia. Shooping lagi. Beli Nail wash,mascara,lip gloss, beras,sabun, baju dan kasut..aarrghhh kopak duit aku...Tapi x pe it was so fun.Bukan selalu pun..ehehhehe

Ok guys i will update soon!! Tunggu....... (apasal dgn usb aku nih!! sengal betul)

Wednesday, December 17, 2008

Badminton di Sg Besi...

Morning...

Semalam mmg best sangat main badminton dengan kaum hawa di Dewan Sg Besi. Very friendly dan x sombong. Bebas melakukan apa saja sebab smua perempuan kan.. Kak Misha,Kak Ryeena, Kak Faz, Kak Liyana(terror pukulan dia), Kak rozi (suka main net), Dr.Rosni(Doc gigi)...

Kul 8 start smp kul 10..Pergi Kak Misha ambik balik dengan Faiz sbb Kak Misha nk lepak minum dulu. Then Turn lelaki plak main. Setiap hari Selasa sekarang mmg start main kat sana. Then hari Rabu main dekat Au2 Keramat, ha yang ni ada mix dgn lelaki.So ada la perasaan malu skit. Tapi semuanya mmg sporting dan best.

Very Simple Story!!!! kan?

Tuesday, December 16, 2008

Hari yang Suram!!

Morning All...
Aku x tau la apa kena dengan aku ari ni, rasa nk marah ada, nak nagis ada, nk jerit kuat2 pun ada. Susah betul nak jga hati orang. Aku dah sehabis baik mungkin dah nk jaga hati orang dan buat yang terbaik, tapi x dihargai. Last-last sendiri sakit hari..Eeeee Geramnyaa...
Kenapa? kenapa mcm ni? Aku wat salah besar sangat ke? aku dah cuba ckp elok-elok tapi kau? Nak marah-marah,nak perli-perli. Then suka bezakan aku dgn org lain. Kalau kau rasa she better than me, so what can i say??
Aku rasa ni nasib aku kot.. Buat baik tapi org x hargai dan lagi nak sakitkan hati aku, ada la...

Monday, December 15, 2008

Tournament with Sg Besi












13hb Disember 2008


Perlawanan persahabatan dengan Team Sg besi ... Cyberteam kalah .. Tapi tak apa, itu untuk pendedahan kepada semua pemain Cyberteam....kalau kita tak buat friendly match......camner nak menilai kemajuan kita kan? bak kata Uncle Main Mesti Mau Main... tu lah ayat yang selalu kita guna..

Ni antara gambar2 yang aku ambil pada malam tu.. Start dari kul 8.00 - 12.00 malam..
Then lepas abis tu, pergi makan kat kedai apa ek nama kat sg besi juga.. lepak smp kul bape pun x tau...

Petikan berita dari Uncle Spirit

CYBERTEAM TEWAS

KUALA LUMPUR 13 DIS.- Pasukan Cyberteam akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan tipis 2-3 kepada D.T team setelah mendahului 2-0 pada perlawanan badminton anjuran Cyberteam didewan DBKL, Desa Tasek, Bandar Tasek Selatan semalam. Walaupun pada awalnya seolah olah Cyberteam akan memenangi perlawanan malam tadi setelah regu pertama Janggut dan Zikri, regu kedua Din dan Fadzli bertindak cemerlang dengan menyumbang 2 mata.

Mata pertama melalui Janggut dan Zikri merupakan satu satunya perlawanan yang berakhir dengan 3 set penentuan dimana mereka memenangi dengan penuh debaran dan dramatik 22-20, 19-21, 26-24. pada set pertama pasukan Cyberteam seolah olah tidak menghadapi masalah apabila mendahului 11-4, tetapi pemain D.T Team iaitu Farhan dan Benny tidak putus asa sehingga berjaya merapatkan jurang pada kedudukan 17-19 dan seterusnya 20-20. Keadaan agak tegang sehingga Cyberteam menamatkannya dengan 2 mata berturut turut menjadikan 22-20. Pada set kedua Cyberteam sekali lagi mendahului 8-5 sehingga pihak lawan berjaya memintas dengan kedudukan 17-16, kedua dua pihak saling kejar mengejar sehingga pasukan lawan berjaya mengutip 21-19. Set ketiga menyaksikan perlawanan semakin sengit dan masing masing mengatur serangan demi serangan terutamanya Farhan yang sering membuat pukulan smash kencang dan pukulan kilas yang mengelirukan sehingga lawan berjaya mendahului pada kedudukan 20-17. Pemain Cyberteam bertindak pantas dengan menyerap semua serangan lawan dengan membuat clear ke baseline serta cross drive yang berkesan, akhirnya menyamakan kedudukan 20-20 dan selepas itu debaran demi debaran tercetus apabila penyokong masing masing menjerit memberikan semangat dengan kedudukan 22-22, 24-24 sehinggalah Cyberteam menewaskan D.T team 26-24 yang berlangsung selama 60 minit. Pujian harus diberikan kepada pemain Zikri yang bermain cemerlang dengan menghantar shuttle ke setiap penjuru gelanggang lawan.

Pada perlawanan regu kedua, Cyberteam menurunkan Din dan Fadzli menentang Rizal dan Fazir. Walaupun pasukan lawan pada set pertama mendahului 17-14, tetapi Din dan Fadzli mampu menyekat kemaraan mereka dan terus mengutip mata dan memenanginya dengan 21-18. Pada set kedua, pasukan Cyberteam terus memberikan tentangan terutama banyak melakukan drive sehingga pasukan lawan semakin hilang punca dan melakukan banyak kesilapan terutamanya fazir yang gagal mengembalikan push dan drive yang dilancarkan. Akhirnya Din dan Fadzli memberikan kemenangan dengan kedudukan muktamad 21-12.

Kem Cyberteam yang memakai jersey Merah menjadi ceria kerana berjaya mengutip 2 mata dan bertambah yakin akan memenangi sekurang kurang satu lagi perlawanan daripada tiga baki perlawanan. Tekanan nampaknya terlihat pada wajah pemain kem D.T Team dan suasana didewan seolah olah memberi petunjuk bahawa cabaran D.T Team akan berakhir.


Tetapi pada perlawanan ketiga merupakan detik detik bermula kekalahan Cyberteam apabila Pemain Yus diregukan dengan Mie yang merupakan pemain simpanan kerana Assuwat menarik diri disaat saat terakhir tewas mengejut kepada D.T team. Apa yang menarik ialah strategik D.T Team menyerang pemain yang lebih lemah iaitu Mie secara berterusan dengan drop dan smash yang sukar dibalas oleh Mie. Walaupun Yus cuba mengawal setiap inci gelanggang namun shuttle jarang di arahkan kepadanya. Kedudukan set pertama Cyberteam tewas 15-21. Pada set kedua, Yus dan Mie cuba bertahan dan sesekali membuat serangan kilat namun Taufik dan putra kelihatan lebih bersedia dan masih menggunakan strategik menyerang kearah Mie. Putra yang bertindak sebagai feeder berjaya menggunakan kelebihan “drop” untuk mengutip mata manakala Taufik bertindak sebagai “killer”. Akhirnya Cyberteam tewas dengan kedudukan sama 15-21.

Kemenangan D.T Team menjadikan kedudukan 2-1 sekaligus menhidupkan peluang mereka untuk melangkah ke perlawanan seterusnya. Kemenangan awal yang dinantikan Cyberteam berjaya disekat oleh regu kapten D.T Team.

Regu keempat pula menyaksikan Cyberteam menurunkan Krismerah dan Shamsul menentang Bob dan Zul dari pihak lawan. Sekali lagi wajah kecewa pada kem cyberteam apabila D.T Team menyamakan kedudukan 2-2 dengan menewaskan pemain Cyberteam strait set 22-20, 21-13. Set pertama penyaksikan kedua dua pihak agak seimbang dengan kutipan mata yang saling hampir, Ternyatakan pihak lawan tidak memberi ruang dengan melakukan smash dan drive pantas, manakala Krismerah dan shamsul kelihatan tidak bermain pada tahap sebenarnya dimana kesilapan hantaran drop yang terkandas di net. Namun Cyberteam berjaya menyamakan kedudukan 20-20 pada set pertama sebelum tewas 20-22. Pada set kedua, nampaknya segala rancangan Cyberteam tidak menjadi dan pihak lawan terus menyerang dengan pukulan pantas dan dengan mudah menewaskan Cyberteam 21-13.

Kedudukan menjadi semakin tegang bagi kedua dua pihak apabila kedudukan terikat 2-2. Pada regu kelima yang terakhir, Pasukan Cyberteam menyedari bahawa peluang mereka adalah agak tipis memandangkan Pihak lawan menurunkan pemain tonggak utama mereka iaitu Farhan dan Salim. Menyedari pemain salim adalah lebih lemah dari Farhan, cyberteam menggunakan strategik yang sama seperti pihak lawan supaya menyerang Salim tetapi malangnya ia tidak memberi kesan ketara disebabkan kelemahan menghantar shuttle untuk mengucar kacirkan lawan. Walaupun begitu Ququr yang diregukan dengan izad beberapa kali menunjukkan skill tinggi dengan hantaran “placing” yang gagal dikembali lawan. Masing masing mengikat rapat dari kedudukan 12-10, 15-18 sehinggalah pada set pertama tewas 18-21 kepada D.T Team. Pada kedudukan ini, nampaknya Cyberteam benar benar dalam masalah dan tertekan untuk meneruskan set kedua. Namun penyokong Cyberteam terus memberikan kata kata semangat dan tips agar Cyberteam dapat menghidupkan peluang pada set kedua untuk dilanjut kepada set penentuan. Kedua dua pemain iaitu Ququr dan Izad terus meneruskan berjuang dengan bermatian matian menahan smash kencang dari Farhan serta cuba menghalakan shuttle kepada Salim, namun pengalaman pemain D.T Team lebih bersedia untuk mematahkan serangan Cyberteam. Kedudukan menjadi semakin tegang apabila masing masing mengutip mata dan penyokong kedua dua pihak terus menjerit jerit kata semangat kepada pemain masing masing. Akhirnya Cyberteam terpaksa akur apabila tewas pada set kedua 18-21.

Dengan keputusan tersebut, maka berakhirlah cabaran Cyberteam dengan kekalahan tipis 2-3 pada jam 11.00 pm. Kelebihan mendahului 2-0 nampaknya tidak dapat digunakan sebaiknya tetapi pihak lawan berjaya memastikan 3 kemenangan berturut turut untuk menafikan penguasaan Cyberteam. Suasana muram kelihatan pada setiap wajah pemain Cyberteam namun pujian harus diberikan kepada setiap pemain dan juga penyokong kerana telah melakukan yang terbaik. Dengan keputusan ini, rekod Cyberteam adalah 1-1 (menang sekali dan tewas sekali).

Antara factor kekalahan Cyberteam ialah pemain yang tarik diri di saat akhir sehingga perancangan terganggu pada regu ketiga. Factor bermain di tempat lawan, shuttle yang terlalu perlahan dan suasana dewan yang asing menyumbang kepada kekalahan ini.

Peringatan daripada pengurus Cyberteam Rising spirit sebelum perlawanan “ kita mesti menang 3 dari 4 perlawanan . jika seri 2-2, kita akan tewas” ternyata menjadi kenyataan.

Apa yang penting ialah pengalaman dari kekalahan ini dan Cyberteam harus merancang dan berlatih lebih gigih untuk perlawanan ulangan yang akan datang ditempat sendiri. Masa dan tarikh akan diputuskan kemudian. Sama samalah kita nantikan.

Keputusan perlawanan :-

1.regu pertama – Janggut & Zikri ( 22-20, 19-21, 26-24) – Menang.
2.regu kedua - Din & Fadzli( 21-18, 21-12)- Menang
3.regu ketiga - Yus & Mie ( 15-21, 15-21) - Kalah.
4.regu keempat - Krismerah & Shamsul ( 20-22, 13-21) - Kalah.
5.regu kelima - Ququr & Izad ( 18-21, 18-21) - Kalah.

Man of the match – regu pertama ( Janggut dan Zikri).